Skip to main content

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian

(R3/224/6/0004) (24/11/2028) (A7585)

Syarat Kemasukan

  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 daripada 4.00 dan sekurang-kurangnya DUA (2) kelulusan penuh, dan SATU (1) daripadanya dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam; ATAU
  2. Lulus kelayakan yang setaraf dengan STPM seperti A-level, dengan syarat bahawa calon lulus sekurang-kurangnya SATU (1) subjek Pengajian Islam dalam kelayakan itu; ATAU
  3. Lulus program Matrikulasi atau kelayakan yang diiktiraf sebagai Asasi Pengajian Islam dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00; ATAU
  4. Lulus dengan gred keseluruhan Maqbul dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); ATAU
  5. Diploma yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengan mendapat PNGK minimum 2.00 daripada 4.00.

Yuran Pengajian

Anggaran Jumlah Yuran
(Pelajar Tempatan)
RM 33,340*
Anggaran Jumlah Yuran

(Pelajar Antarabangsa)

RM 43,165**

*Termasuk yuran pendaftaran RM660.00. Tidak termasuk deposit & yuran asrama. Perubahan yuran tertakluk kepada pengurusan universiti tanpa sebarang notis.

**Termasuk yuran pendaftaran sebanyak RM660.00. Tidak termasuk deposit, yuran visa, yuran asrama, bon & kos sara hidup. Yuran tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal oleh pihak universiti.

Semua maklumat yang dikemukakan adalah tertakluk kepada perubahan.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan