Skip to main content

Sijil Profesional: Kemahiran Kaunseling Islam "Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat (DHT) dalam Kaunseling"

Maklumat Program

Kelebihan Kursus

Pendekatan DHT (Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat) menawarkan kaunseling yang komprehensif dan berstruktur, berasaskan keperluan sebenar individu mengikut kategori keutamaan dalam kehidupan. Ia membantu klien membuat keputusan yang lebih rasional dan seimbang, tidak dipengaruhi emosi semata-mata, sekali gus mengelakkan kemudaratan kepada diri dan orang sekeliling. Pendekatan ini juga berpaksikan kepada kaedah fiqhiyyah dan prinsip awlawiyyat, menjadikannya satu panduan yang kukuh dalam membentuk keputusan yang berpandukan nilai dan keutamaan hidup.

Kaedah Pengajian

Bersemuka

Tempoh Kelas

2 hari

Tarikh Jangkaan Mula

24-25 Oktober 2025*

Tenaga Pengajar

Pensyarah mahir UniSHAMS: Dr. Mohd Suhadi bin Mohamed Sidik

Sasaran Peserta

Kaunselor, Pendidik Kaunselor, Pelatih Kaunselor dan Pelajar

Yuran

Yuran Pengajian

RM300.00

*Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh jangkaan mula kursus. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan