Sijil Eksekutif: Tafaqquh Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah
Maklumat Program
Kelebihan Kursus
Ditawarkan sebagai sesi tuisyen khas kepada calon yang ingin mendapatkan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah, termasuk guru KAFA. Bertujuan membantu peserta membuat persediaan melalui pengukuhan ilmu serta perkongsian tips daripada panel berpengalaman yang terlibat secara langsung dengan Jabatan Mufti Negeri Kedah dalam proses Peperiksaan Tauliah. Antara kitab utama yang digunakan ialah Matla’ al-Badrain (Feqah), Aqidah al-Najin (Tauhid), Minhaj al-‘Abidin (Tasawuf), dan Nur al-Jamal (Tajwid).
Kaedah Pengajian
Bersemuka (di Bangunan A9) dan Atas Talian
Tempoh Kelas
6 jam pada setiap Sabtu sahaja (14 pertemuan)
Tarikh Jangkaan Mula
2 Ogos 2025*
Yuran
Yuran Pendaftaran
RM100.00
Yuran Pengajian
RM400.00
*Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh jangkaan mula kursus. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.