Skip to main content

Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Kerajaan Negeri (IPTN) Bil. 1/2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐˜‚ - Prof. Madya Dr Muhammad Nasri Md. Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, yang menjalankan tugas Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS) telah menghadiri Mesyuarat Institusi Pengajian Tinggi Milikan Kerajaan Negeri (IPTN) Bil. 1/2024 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC). Hadir bersama adalah En. Saiful Adli Sukhaimi, Pengarah Canselori UniSHAMS.
    ย 
    Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Prof. Datoโ€™ Dr Wan Sabri Wan Yusof, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan dijayakan oleh Sekretariat iaitu Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) dengan kerjasama Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) selaku Tuan Rumah.
    ย 
    Terdahulu, Datuk Hajah Tah Nia Haji Jaman, Ketua Eksekutif KTYS merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KKYS Sdn. Bhd. mengalu-alukan kehadiran lebih 24 delegasi IPTN yang terdiri daripada Ketua Eksekutif dan wakil-wakil IPT milikan kerajaan negeri seluruh Malaysia ke Negeri di Bawah Bayu.
    ย 
    Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam usaha untuk memperkasakan IPTN, selain memperkukuhkan hubungan kerjasama di antara IPTN seluruh Malaysia.
    ย 
    Prof. Madya Dr Muhammad Nasri dan beberpa delegasi mesyuarat turut berkesempatan untuk memenuhi undangan Naib Canselor, University College Sabah Foundation (UCSF) iaitu Dr Rafiq Idris bagi satu sesi lawatan ke UCSF pada hari yang berikutnya.

    Melestarikan Ilmu Melalui Kebijaksanaan