Skip to main content

UniSHAMS Terima Kemasukan Pelajar Baharu

| PRO UniSHAMS | Berita

    KualaĀ Ketilā€“UniversitiĀ IslamĀ AntarabangsaĀ Sultan Abdul HalimĀ Muā€™adzamĀ Shah (UniSHAMS)Ā menerima kebanjiran kenderaanĀ yangĀ tiba sejak awal pagi apabila menerima kemasukan pelajar baharu bagi Sesi OgosĀ 2022.Ā Secara kumulatifnya,Ā kira-kiraĀ 600 orangĀ pelajar baharu telahĀ punĀ mendaftarĀ diĀ UniSHAMS untuk sesi akademikĀ 2022/2023.
    NaibĀ Canselor UniSHAMS, Prof. Dr.Ā AsmadiĀ MohamedĀ Naim,Ā turut hadir memantau perjalanan sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu ke kampus UniSHAMSĀ yangĀ diadakan secara bersemuka padaĀ 14Ā OgosĀ 2022.Ā PermohonanĀ danĀ pendaftaran bagi sesi kemasukan OgosĀ 2022Ā masih dibukaĀ danĀ dilanjutkan sehinggaĀ 25Ā OgosĀ 2022.
    Fasa Endemik menyaksikan sesi PengajaranĀ danĀ PembelajaranĀ (P&P)Ā UniSHAMS akan mula diadakan secara bersemuka bermulaĀ semesterĀ satu,Ā sesiĀ 2022/2023 di semua peringkat pengajian.Pusat HalĀ Ehwal Pelajar UniSHAMS akan melaksanakan Minggu SilaturrahimĀ (MSR)Ā selamaĀ limaĀ hari bermula Ahad hinggaĀ KhamisĀ ini,Ā iaituĀ programĀ orientasi untuk pelajar baharu UniSHAMS.
    UniSHAMS dijangka akan menerima tambahan kemasukan pelajar baharu secaraā€˜walk-inā€™ melaluiĀ PusatĀ Pengurusan AkademikĀ (PPA)Ā berdasarkan rekod permohonanĀ yangĀ diperolehi sejak pelanjutan pendaftaran diumumkan.
    Seluruh warga kerja UniSHAMSĀ yangĀ terlibat termasuk PusatĀ Pengurusan Akademik,Ā Pusat HalĀ Ehwal PelajarĀ danĀ Kolej Kediaman bertungkus lumus dalam usaha untuk memastikan segala perancangan serta persiapan berjalan dengan sempurna, demiĀ kelancaran urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu.
    Seluruh warga kerja UniSHAMS mengalu-alukan kehadiran danĀ mengucapkan selamat datang kepada paraĀ pelajar baharu yangĀ telah berjaya mendaftarkan diri serta menjadikan UniSHAMS sebagai destinasi pengajian pilihan anda.Ā Selamat maju jaya dalam menempuh kembara pengajianĀ di UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom