Skip to main content

Kontinjen UniSHAMS Optimis Berikan Cabaran Terbaik Pada Kejohanan Sukan MASISWA Zon Utara 2024

| PRO UniSHAMS | Berita
    ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ | ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—น - Kontinjen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (UniSHAMS), optimis untuk memberikan cabaran terbaik pada Kejohanan Sukan Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Zon Utara yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2024, di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Pulau Pinang.
    ย 
    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Dr. Rohani Desa telah menyempurnakan Majlis Pelepasan Kontinjen yang diadakan di Lobi Utama, Bangunan Canselori Tan Sri Azizan Abdul Razak, petang ini. Turut hadir menjayakan majlis tersebut adalah Pengarah dan Pegawai Pusat Sukan, para atlet dan pegawai pasukan, serta staf UniSHAMS.
    ย 
    Kontinjen UniSHAMS bakal menggalas cabaran kejohanan kali ini menerusi penyertaan acara Futsal, Bola Jaring, Badminton dan Ping Pong. Seluruh warga UniSHAMS mengucapkan selamat maju jaya kepada Kontinjen UniSHAMS untuk saingan Kejohanan Sukan MASISWA Zon Utara 2024.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom