Skip to main content

Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)

| PRO UniSHAMS | Berita

    Baling , 10 Mei 2023 -  Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniSHAMS dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Baling telah menganjurkan Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)  bermula 8 Mei hingga 10 Mei 2023.

    Seramai 20 staff UniSHAMS dalam kalangan wakil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dari setiap bangunan telah menghadiri kursus ini yang bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Baling.

    Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang mewajibkan premis membentuk Organisasi Keselamatan Kebakaran. Lanjutan dari kursus ini pihak pengurusan UniSHAMS akan membuat permohonan Sijil Keselamatan Kebakaran dari pihak Bomba.

    Peserta kursus didedahkan dengan pengurusan keselamatan kebakaran serta dilatih beberapa kemahiran dalam menghadapi bencana kebakaran. Setelah menamatkan kursus lengkap selama 3 hari, setiap peserta diberikan sijil pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran.

    Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Tuan Mohd Jamil bin Mat Daud bersama En. Sufyan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian  Pembangunan dan Penyenggaraan UniSHAMS serta Dr Khairullizam bin Sapari, Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniSHAMS.

    Sustaining Knowledge Through Wisdom